Thursday, August 21, 2008

Gallery Naruto






Wednesday, August 20, 2008

NARUTO


Naruto merupakan siri manga/anime Jepun yang amat popular di serata dunia, hasil karya Masashi Kishimoto. Manga ini mengisahkan pengembaraan seorang pelatih ninja muda yang nakal bernama Uzumaki Naruto yang bersungguh-sungguh meraih penerimaan dan pengiktirafan masyarakat.
Manga Naruto julung kalinya muncul pada November 1999 dalam majalah Shonen Jump terbitan Shueisha di Jepun, manakala animenya muncul di TV Tokyo, juga di negara matahari terbit itu, pada Oktober 2002. Kelarisan siri manga/anime ini sering dibandingkan dengan kejayaan anime klasik yang lain seperti Dragon Ball Z.

Watak
Setelah tamat pengajian di Akademi Ninja, para pelatih institusi tersebut menjalani ujian getir yang boleh membawa maut namun menjanjikan kenaikan taraf bagi para pelatih yang berjaya. Para pelatih dibahagikan kepada pasukan bertiga dan setiap pasukan itu di bawah pimpinan seorang guru (Jōnin/上忍, bermaksud "ninja atasan").
Watak utama
Naruto, Sasuke dan Sakura merupakan tiga watak utama tersebut yang berganding bahu membentuk Pasukan 7 dalam ujian ilmu ninja yang amat getir setelah tamat pengajian awal mereka di Akademi Ninja Daun di bawah pimpinan seorang ninja taraf tinggi Jonin bernama Hatake Kakashi.

Uzumaki Naruto (うずまきナルト) - watak utama siri manga/anime yang dipercayai mempunyai seekor roh musang syaitan berekor sembilan Kyuubi yang dikurung di dalam badannya oleh Hokage ke-4 (Yondaime). Merupakan anak kepada Hokage ke-4 dan seorang ninja wanita yang berasal dari Kampung Peralihan, Uzumaki Kushina. Seorang yang nakal dan lucu tetapi bersemangat tinggi serta tidak mudah mengaku kalah. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Jiraiya (juga guru kepada Hokage ke-4). Haiwan seruannya ialah Gamabunta Raja Segala Katak dan anaknya, Gamakichi.
Uchiha Sasuke (うちはサスケ) - pelajar lelaki yang kacak dan digilai oleh Sakura dan Ino, pada mulanya dipandang oleh Naruto sebagai seorang pesaing tetapi lama-kelamaan menjadi kawan baiknya. Berketurunan Uchiha, hanya dia sahaja yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh abangnya. Sasuke menyimpan dendam terhadap abangnya, Uchiha Itachi. Memiliki teknik mata Sharingan. Anak didik atau lebih kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Orochimaru. Haiwan seruannya adalah Manda, iaitu Raja Segala Ular.
Haruno Sakura (春野サクラ) - gadis yang menjadi tumpuan Naruto dan Rock Lee. Mahir dalam mengawal chakra dan mempunyai tumbukan yang amat kuat. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Tsunade yang telah menjadi Hokage ke-5 (Godaime).
Hatake Kakashi (はたけカカシ) - Jonin yang diamanahkan kepada Pasukan 7 tersebut yang terkenal dengan teknik mata Sharingan (写輪眼) yang membolehkannya menyimpan dalam ingatan teknik ninja lawan yang diperhatikannya. Anak didik Hokage ke-4. Mukanya sentiasa bertutup dan tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali pemilik Ichiraku Ramen dan pembantunya.

Pelatih dan pengajar di Akademi Ninja
Pasukan 10
Yamanaka Ino (山中いの) - Ino merupakan kawan Haruno Sakura yang pertama dan banyak membantu Sakura membentuk identiti diri, lalu mereka menjadi kawan baik. Tetapi apabila Sakura mula menyukai Uchiha Sasuke yang juga lelaki idaman Ino, dia telah menamatkan hubungan mereka dan menjadi musuh ketat semenjak hari itu untuk mendapatkan perhatian Sasuke. Namun tidak dihiraukan langsung oleh Sasuke. Pertarungannya dengan Sakura dalam Ujian kelayakan Chuunin menunjukkan kekuatan mereka setanding.
Nara Shikamaru (奈良シカマル) - Pada mulanya, Shikamaru merupakan ninja tahap rendah yang malas dan tetapi bijak. Dia berasal dari keluarga yang boleh memanipulasikan bayang. Teknik utamanya ialah "Kagemane no Jutsu" (Teknik Peniruan Bayang). Shikamaru ialah seorang ahli strategi yang bijak dan licik, dan sering bermain Go dan Shōgi dengan gurunya, Sarutobi Asuma tetapi Asuma tidak pernah menang. Asuma berasa pelik kerana markah ujian Shikamaru semasa Akedemi Ninja adalah amat rendah, sedangkan Shikamaru amat tangkas dalam permainan Go dan Shōgi. Justeru, Asuma telah memberi satu ujian IQ kepada Shikamaru, dan terkejut apabila keputusan ujian tersebut telah menunjukkan Shikamaru merupakan seorang genius dengan markah IQ melebihi 200. Hanya kerana Shikamaru malas menjawab soalan dan selalu tidur dalam ujian mahupun kelas, menyebabkan dia mendapat markah rendah dalam ujian. Shikamaru telah lama bersahabat dengan Akimichi Chōji. Kerjasama antara mereka tidak dapat ditandingi. Nyaris menewaskan Temari dalam Ujian Kelayakan Chuunin tetapi akibat kehabisan chakranya, dia telah mengaku kalah. Merupakan Genin pertama dijadikan Chuunin.
Akimichi Choji (秋道チョウジ) - Akimichi Chōji berasal dari puak Akimichi, salah satu dari empat puak penting di Kampung Daun. Sebagai seorang dari puak Akimichi, Choji telah mempelajari teknik rahsia puaknya, iaitu "Baika no Jutsu" ("Teknik Pelbagai Saiz"), dan teknik lain yang berkaitan. Dia dimotivasikan dengan makanan, dan benci apabila orang memanggilnya gemuk. Namum demikian, dia tidak menyembunyikan bahawa dia amat suka makan, dan juga memakai baju yang tertulis "makanan".
Ketiga-tiga watak di atas menjadi sebuah pasukan di bawah pimpinan Sarutobi Asuma.

Pasukan Gai
Rock Lee (ロック・リー) - merupakan pakar Taijutsu (teknik fizikal) seperti gurunya dan merupakan seorang yang gigih, tidak mudah putus asa dan sentiasa tersenyum. Oleh kerana tidak boleh mengunakan sebarang teknik ninjutsu (teknik ninja) ataupun genjutsu (teknik ilusi), dia sering diketawakan. Oleh itu, dia telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap taijutsu (teknik fizikal) di bawah tunjuk ajar senseinya, Maito Gai. Melalui latihan, dia menjadi amat kuat dalam bidang taijutsu sehingga dibenarkan lulus dalam akedemi ninja. Menaruh hati kepada Sakura dan ingin meningkatkan kekuatannya supaya Sakura akan kagum dengannya. Tewas kepada Gaara semasa Ujian Kelayakan Chuunin dan mendapat kecederaan yang parah, tetapi dapat diselamatkan oleh Tsunade dengan risiko cacat seumur hidup. Meniru gaya senseinya dalam segala aspek. Juga merupakan pakar semula jadi dalam Tinju Mabuk, yang hanya akan terjadi apabila dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau mabuk. Pantang meminum arak kerana dia akan mengganas setelah meminumnya.
Hyuga Neji (日向ネジ) - berasal daripada puak Hyūga cawangan atau bawahan yang mahir dalam teknik Mata Putih (Byakugan) berbanding ahli puak cawangan lain. Abang sepupu kepada Hyuga Hinata. Digelar genius kerana rekod tidak pernah kalah melawan musuh, tetapi tewas di tangan Naruto semasa Ujian Kelayakan Chuunin. Seorang yang serius semasa latihan, pendendam dan ingin segala misi pasukan berjalan lancar.
Tenten (テンテン)- merupakan Gennin yang telah lulus akademi ninja setahun lebih awal dari Naruto dan rakan sepasukan Rock Lee dan Hyūga Neji. Dikatakan mempunyai ketepatan yang sempurna dalam melempar senjata ninja. Idolanya adalah Tsunade dan bercita-cita hendak menjadi ninja wanita yang setanding dengannya. Tewas kepada Temari dalam Ujian Kelayakan Chuunin.
Ketiga-tiga watak di atas menjadi sebuah pasukan di bawah pimpinan Maito Gai.

Pasukan 8
Hyuga Hinata (日向ヒナタ) - seorang gadis yang amat pemalu (terutama dengan Naruto) dan pewaris pertama kepada keluarga utama Hyuga. Hinata merupakan pengguna taijutsu dari kumpulan 8 Yūhi Kurenai. Sebagai ahli keluarga Hyuga, dia mempunyai teknik Byakugan dan pakar dalam Jūken {Tumbukan Lembut}. Adik sepupu kepada Hyuga Neji. Menaruh hati terhadap Naruto dan seringkali pengsan apabila tersua dengan Naruto. Menjadikan Naruto sebagai idolanya kerana ketabahan dan keazaman Naruto yang tidak pernah padam walaupun dia disisihkan oleh orang kampung membuatkan Hinata mahu memajukan dirinya dan membentuk identiti dirinya sendiri. Ayat kegemarannya adalah ' Naruto!! ' (sambil tersipu-sipu).
Inuzuka Kiba (犬塚キバ) - amat mahir dalam teknik penguasaan anjing ninja dan mempunyai deria bau dan pendengaran yang sekuat anjing. Dia ditemani oleh anjing belaannya bernama Akamaru (赤丸). Seorang yang agak kasar namun penyayang dan amat mengambil berat akan keselamatan Akamaru dan rakan-rakannya. Tewas kepada Naruto dalam Ujian Kelayakan Chuunin kerana meremehkan kebolehan Naruto.
Aburame Shino (油女シノ) - mempunyai kebolehan untuk mengawal serangga. Seorang yang sensitif dengan persekitaran. Sentiasa memakai baju yang mempunyai hud yang tinggi dan bercermin mata, menambahkan kemisteriannya terutama kepada sesiapa yang tidak mengenalinya.
Ketiga-tiga watak ini pula digabungkan di bawah pimpinan Yuhi Kurenai.

Pasukan Baki
Gaara (我愛羅) - Merupakan anak ketiga dan termuda oleh Kazekage Ke-4, ketua Kampung Lindungan Pasir. Adik kepada Temari dan Kankuro. Merupakan perumah kepada 'Ichibi' (Musang Satu Ekor) atau Shukaku. Amat membenci ayahnya kerana cubaan membunuhnya semenjak kecil. Disisihkan oleh orang kampungnya kerana dianggap sebagai haiwan sial oleh penduduk kampung sepertimana yang dialami oleh Naruto. Akibat peristiwa yang mana dia nyaris dibunuh oleh bapa saudaranya sendiri, Gaara mula membenci orang di sekelilingnya dan hanya menyayangi dirinya sendiri. Mempunyai kebolehan menggunakan pasir secara menyeluruh kerana pengaruh kuasa Shukaku, memyebabkannya mampu membunuh lawannya dalam masa yang singkat sahaja. Pada permulaannya, dia adalah seorang yang dingin, dahagakan pembunuhan dan tidak menyayangi sesiapa pun. Namun, setelah bertarung dengan Naruto yang sanggup berkorban apa sahaja untuk menyelamatkan orang yang disayanginya dan membuktikan kewujudan dirinya, barulah dia menyedari kesilapannya dan berubah kepada seorang yang mengambil berat dan baik hati. Lantas, menjadikan Naruto sebagai idolanya dan menjadikan impian Naruto sebagai impiannya bersama, malah merasa amat terhutang budi dengannya. Dilantik menjadi Kazekage Ke-5, yang paling muda iaitu pada umur 15 tahun dan menjadi igauan anak gadis kampung kerana wajahnya yang sentiasa tenang dan kacak.
Temari (テマリ) - Anak perempuan kepada Kazekage Ke-4, Temari merupakan kakak dan rakan sepasukan Gaara dan Kankurō. Dia membawa satu kipas besi raksasa di belakangnya yang merupakan senjata utamanya. Pakar dalam pertempuran jarak jauh dan berteraskan angin. Telah menewaskan Ten Ten dengan mudah, tetapi tewas di tangan Shikamaru (yang mengaku kalah pada saat-saat genting) dalam Ujian Kelayakan Chuunin. Seorang yang tegas, agak sombong dan agak garang, namun lembut dan mengalah terutama dengan adik-adiknya.
Kankuro (カンクロウ) - Anak kedua kepada Kazekage Ke-4 yang amat mahir dalam mengawal boneka. Dia telah menyolekkan mukanya dengan solekan kabuki yang boleh ditukar sebanyak tiga kali. Bagi menunjukkan dia adalah dari golongan bangsawan, dia menggunakan warna ungu untuk menyolek mukanya. Seorang yang mudah naik angin, agak sombong dan tidak suka orang lain memandangnya dengan pandangan yang ganjil.
Ketiga-tiga shinobi Pasir ini pada asalnya berada di bawah tunjuk ajar Baki (Pasukan Baki)

Ninja Konoha lain
Ninja-ninja di Konoha dikenali dan dibezakan melalui pangkat dan tugas.
Jonin - lihat senarai ninja Jonin
Chunin - lihat senarai ninja Chunin
Genin - lihat senarai ninja Genin
Hokage - lihat senarai Hokage
Lain-lain - lihat senarai ninja lain yang tidak terangkum dalam bahagian-bahagian di atas.
more detail about naruto seacrh this website
http://ms.wikipedia.org/wiki/Naruto

Monday, August 18, 2008

About Perak

History
Perak means silver in Malay. The name comes most probably from the silvery colour of tin. In the 1890s, Perak, with the richest alluvial deposits of tin in the world was one of the jewels in the crown of the British Empire. However, some say the name comes from the "glimmer of fish in the water" that sparkled like silver. The Arab honorific of the State is Darul Ridzuan, the Land of Grace.
As with the other Malay states in the north, Perak was constantly under threat from regional powers. During the 16th century, the Acehnese and the Dutch were the main causes of concern due to Perak's monopoly of tin. In the 18th Century, Perak was then threatened by the Bugis and Siamese. Under the Siamese influence, Sultan Kedah was forced to remove the Sultan of Perak to ensure compliance by the Perak state.
The internal turmoil of the succession to the throne between Raja Ismail, Raja Abdullah and Raja Yusuf in 1870 didn’t help the state when it was laden with these external factors. The Chinese began to form factions due to the growth of the tin industry. With the influx of the Chinese, divisions in their parties became evident with the uprising of triads. Unrest occurred during the 1870 s between Hai San clan and Ghee Hin clan that forced British intervention in protecting Perak's interest.
Evidently, in 1874, a conference was held on Pangkor Island for the signing of the Pangkor Treaty. Raja Abdullah was elected as the Sultan of Perak under this agreement but the British also appointed J.W.W Birch as the first British Resident. Dissatisfied with the British forceful influence in Perak, the Malays plotted to assassinate J.W.W. Birch in 1875. After the death of Birch, Sultan Abdullah, Dato Sagar, Ngah Ibrahim and Dato Maharajalela were accussed for his murder and were sentence to death or exile.
In 1896, Perak joined Selangor, Negeri Sembilan and Pahang to form the Federated Malay States until the Japanese invasion. With the withdrawal of the Japanese forces in 1945, the British laid out the Malayan Union scheme before the British Parliament. Under the scheme, Pulau Pinang, Melaka and nine other Malay states were to be united under the Malayan Union. Sir Harold MacMicheal was then entrusted in obtaining the agreements from the Malay Rulers.
This significant implication of economic development resulted in the birth of a multiracial society especially with the introduction of the Chinese into the mining area.
In opposition to the British plans, the Malays formed the Malayan Union, catalyst for movement for Independence. Sparked by national sentiments, Dato Onn Jaafar formed United Malays National Organisation (UMNO) on 11 May 1946. The Malay Federation was founded on 1 February 1948 and on 31 August 1957, Malaya achieved Independence.

Economy
Perak is a reference to the silvery tin ore from which the state drew its wealth. What was formerly known as the Kinta Valley was heavily mined for centuries. The collapse of the world's tin industry (Perak's main sources of revenue) caused prices to fall sharply and mines had to be closed, forcing Perak to reconsider its future socio-economic strategies.
This forced the Perak State Government to make a firm decision to be restructured around agriculture, manufacturing, construction, trade and commerce. Emphasis has also been given to fishing, forestry, cottage industries and tourism. Ipoh is one of the more progressive cities in Malaysia and is fast becoming a focal point of industry, business investment and education.
Today, Perak has made the best of its circumstances. The economy is growing through the industrial sector; its sound infrastructure and world class facilities of make it an ideal environment for businesses.

Geography
Being the second largest State in Peninsular Malaysia (after Pahang), Perak boasts an approximate coverage of 21,000 sq km (6.4% of total land banks in Malaysia).

Climate
Warm, sunny days and cool nights all year round with occasional rain in the evenings. Temperature ranges from 23°C to 33°C. Humidity usually exceeds 82.3%. Annual rainfall is 3,218 mm.
want to know detail about perak search this web
http://www.peraktourism.com/content.cfm